1.0 PENGENALAN
KEPADA POLITIK
Politik
adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami
bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di
Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan
dan pelaksanaan dasar . politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau
rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau
ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah negara
yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang
berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih
melalui pilihan raya secara berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima
tahun. Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang diperoleh bagi
sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan prinsip demokrasi. Sistem
demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan penubuhan
parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya. Setiap parti
politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip perjuangannya yang
tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan ideologi tertentu dan
parti-parti tang berteraskan kepentingan etnik dan perkauman.
Sejak
merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata ditubuhkan
berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun begitu,
sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan
kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam
sesuatu kerja sama permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan
demokrasi juga kerana penggabungan akan memberikan peluang sesuatu perikatan
itu mendapat sokongan yang lebih besar dan seterusnya mengekalkan kuasa. Sejak
pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan perikatan parti-parti berasaskan
kaum yang menyertai pilihan raya atas nama PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN
NASIONAL telah memenangi 12 kali pilihan raya dan memegang tampuk pemerintahan
negara sehinggalah sekarang. Perkara yang hendak ditekankan di sini adalah
kepentingan serta peranan parti-parti politik dalam konteks perhubungan antara
kaum. Lazimnya, Parti-parti yang ditubuhkan untuk kepentingan-kepentingan yang
dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk . Sehubungan itu, isu-isu seperti
ketidakadilan sosial, kesaksamaan, diskriminasi dan seumpamanya sering menjadi
perdebatan serta menghangatkan polemik hubungan kaum di Malaysia.
Situasi
ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan
beberapa bahagian yang secara langsung memberikan keistimewaan kepada kaum
Melay dan bumiputera secara tidak dirancang kerana perkara ini terhasil
daripada permuafakatan politik antara kaum utama dalam negara ini yang terlibat
dalam proses menuntut kemerdekaan. Bagi mereka yang tidak benar-benar memahami
sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan proses permuafakatan itu
berlaku serta persetujuan itu dicapai antara pemimpin kaum-kaum yang terdapat
di tanah Melayu pada waktu itu, mereka melihat perlembagaan itu dari sudut
unsur –unsur yang boleh ditafsirkan sebagai diskriminasi. Akan tetapi , bagi
warga Malaysia, hal ini seharusnya tidak berbangkit lagi sesudah negara
menempuh era pasca kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini kerana, perkara itu
merupakan sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang memperlihatkan
kesediaan setiap pemimpin kelompok dan kumpulan suku kaum yang akan ada dalam nagara
pada waktu itu bermuafakat dan menerima konsep perkongsian seperti mana yang
dipersetujui sebagai sesuatu kontrak
sosial.
Walaupun
parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum, dengan semangat toleransi
dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah Melayu ketika itu
bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara dalam
perkara-perkara yang melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia
berkorban atas asas dan hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman dan
harmoni. Sehingga kini parti politik yang berasaskan kaum masih terus wujud dan
berperanan dalam sistem politik negara.
Dalam
konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik yang ditubuhkan itu
harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti kehidupan masyarakat
selalunya tidaklah sedemikian rupa. Hal ini mungkin disebabkan sifat semula
jadi manusia yang sentiasa berasa terancam. Keadaan ini ditambah pula dengan
ketidakseimbangan hubungan antara kaum yang terdapat di negara ini seperti
hubungan majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang berbeza dan sebagainya.
2.0 PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK
Bagi
memahami persoalan hubungan timbal balik antara pembangunan politik dan
hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa aspek kemajmikan masyarakat
Malaysia yang mewarnai proses politik di Malaysia. Kemudian, bab ini akan
menghuraikan evolusi langkah-langkah memupuk hubungan etnik yang harmonis
secara formal melalui institusi dan tindakan politik. Institusi dan tindakan
politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap Melayan Union, perjanjian
persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti politik, pilihan raya
dan kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan, kefahaman,
kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang perlu dicapai
dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan 1Malaysia. Hal ini kerana,
hubungan etnik yang harmoni dan sihat memainkan peranan penting dalam konteks
pembangunan politik negara. Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak
sebelum merdeka lagi. Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia
Kedua, hubungan etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan
politik semama. Keadaan bertambah baik apabila usaha kearah mencapai
kesepakatan dan kompromi politik dimulakan selepas Perang dan menjadi lebih
rancak lagi pada tahun 1950-an di Semenanjung Malaysia.
Selepas
pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk memupuk
semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang kaum dalam pembangunan
politik negara. Secara umumnya, proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai
oleh pertubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik
tertentu sejak penghujung tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha
untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan hingga
kini. Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan tercabar apabila berlakunya. Peristiwa
13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, social dan
ekonomi antara etnik dengan wilayah di Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi
dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berlaku Peristiwa Kampung Medan pada Mac
2001.
Walaubagaimanapun,
atas usaha gigih yang dijalankan oleh pelbagai pihak di Malaysia dan melaui
berbagai-bagai saluran seperti pembangunan politik, negara kita pada hari ini
bukan sahaja dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju kearah
penyatuan dan keharmonian etnik. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan
penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia menuju
kearah pembentukan 1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam
hasrat beliau untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang unggul dan disanjung
tinggi.
3.0 MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK
Konsep
modensasi merujuk kepada suatu proses dimana tranformasi ataupun perubahan
berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Modensasi mengandungi dua
aspek utama, iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan
ekonomi dan politik merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan dalam
aspek-aspek tertentu yang membawa kepada peralihan daripada bentuk ekonomi dan
politik yang lama( tradisional) kepada yang baharu ataupun moden. Pembinaan
negara bangsa dapat di capai melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down
seperti penghayatan ideologi negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan
oleh pihak kerajaan, dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol
dan retual negara. Namun demikian, untuk mengukur pencapaian pembinaan negara
bangsa bukanlah suatu tugas yang mudah, berbanding dengan ukuranpencapaian
pembangunan ekonomi yang dapat diukur denang-ukuran-ukuran perangkaan dan
stastitik. Biasanya penilaian terhadap dasar-dasar awam yang dilaksanakan
menjadi asas kepada pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara
bangsa.
Selain
bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik turut melibatkan
perubahan dalam aspek struktual dan budaya sehinggan membawa kepada perubahan
sistem politik masyarakat. Secara umumnya pembangunan politik dalam konteks ini
berlangsung melalui tiga proses utama: perbezaan struktur politi: sekularisasi
budaya politik: dan peyertaan politik yang besar oleh rakyat. Pembangunan
politik dalam konteks mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila
terdapat kompenen-kompenen berikut dalam suatu sistem politik, iaitu
parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan
negara dan pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-empat unsur tersebut
menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum mengamalkan amalan
demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek
struktural dan budaya merupakan dua hal yang saling mempengaruhi dalam menentukan
tercapainya pembangunan politik dalam sesebuah negara yang terbilang.
4.0 MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN
PERMUAFAKATAN POLITIK
4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities
liaison committee (CLC)
Januari
1949, pengabungan usaha diantara dato’ onn jaafar dan gabenor jeneral british
di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk
mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai
etnik ditanah melayu. CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima
orang pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang wakil
india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan e.e.c thuraisingham (juga
wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom pula bertindak sebagai
penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan british. CLC merupakan
pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya dalam setiap
perjumpaan yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC
terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbiran.
Kesepakatan
dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan bukan
bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran
sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan kerajaan. Ianya
adalah merupakan satu cara terbaik yang
diperolehi kesetian dan kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan
juga merupakan isu kontroversi antara orang dengan orang melayu yang turut sama
dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah dipersetujui bahawa hak kerayatan
berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada orang bukan melayu yang
dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura, menumpukan taat setia
sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai tempat tinggal
tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara
ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA)
dibentuk pada tahun 1950 dan Dato’ onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.
CLC
juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan orang
bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan serta pengenalan
pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata antara
semua etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi
manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara
ini dilakukan dengan pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan
keterbukaan peluang kepada orang bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam
sektor perkhimatan awam serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah
dijalankan oleh CLC dalam mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam
masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato’ onn jaafar dengan
umno. Krisis ini berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan
melayu yang mendapat tentangan daripada umno dan orang melayu.
4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)
Pada
tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato’ onn
mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras dan umno
dijadikan sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national
organization(umno) dengan membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah
melayu. Akan tetapi cadangan yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno
ini kerana umno khuatir serta bimbang umno akan hilang sifat kemelayuan dan
kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang melayu. Setelah perkara
tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang melayu sewaktu
itu. Dato’onn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.
Setelah
kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat bantahan hebat dari
ahlinya, dato’ onn melangkah ketangga yang berlainan demi memperjuangkan dasar
kerjasama antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato’ onn telah menubuhkan
independent of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic,
kuala lumpur pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan daripada pemimpin
bukan melayu yang penting. Mereka bersependapat bahawa imp merupakan satu jalan
kearah menjalin kerjasama antara pelbagai etnik dalam perkembangan politik di
tanah melayu. Bagaimanapun, orang cina lebih berminat untuk menyertai mca yang
telah ditubuh pada 27 februari 1949 kerana terdapat pihak yang kurang bersetuju
dengan perjuangan dato’ onn bahawasanya orang melayu menjadi teras politik dan
sebaliknya mereka menginginkan politik sama rata. Lain pula kepada kaum india kerana sebahagian
orang india ramai yang menanggotai mic, ini kerana mereka menginginkan
kemerdekaan tanah melayu dan segera untuk berlawan dengan dasar yang dibawa
oleh dato’ onn.
Walaubagaimanapun,
imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana mereka tidak yakin terhadap
kensop yang dibawa oleh dato’onn. Akhirnya imp gagal mendapat tempat dan ruang
arena politik negara dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam pilihan raya
majlis bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada tahun
1953 akibat pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak kurang mendapat
sambutan. Dato’ onn meneruskan usahanya dengan membawa dasarnya dengan
menubuhkan parti negara pada tahun 1954.
4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC
Perkongsian
kuasa politik antara parti politik bermula pada january 1952 apabila dua parti
terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju untuk berkerjasama dan
bertanding dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur yang diadakan pada
16 februari 1952 bagi menandingi im, sebuah parti bukan perkauman. Persetujuan
untuk membentuk sebuah pakatan kerjasama antara orang melayu dengan cina yang
dikenali sebagai perikatan umno-mca adalah hasil usaha yang dijalankan oleh
kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan selangor dengan dato’ yahya bin
abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno cawangan kuala lumpur.
Parti-parti politik yang yang bertanding dalam pilihan raya tersebut ialah
perikatan umno-mca, imp, parti buruh selangor, persatuan penyewa rumah dan
calon bebas untuk merebut kerusi majlis tersebut bagi kawasan sentul, bangsar,
imbi dan petaling jaya. Pilihan raya yang berlagsung itu telah memperlihatkan
penduduk telah mula menerima kerjasama etnik dalam proses politik negara dengan
perikatan telah memenangi mejoriti kerusi dalam pilihan raya itu. Pada oktober
1954, perikatan umno dan mca telah mendapat tarikan oleh parti yang dipelopori
oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti perikatan ini berikutan
ketiga-tiga parti ini telah mencapai satu kesefahaman dan kerjasama bagi
membina sesebuah negara bagsa yang bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan
tanah melayu sewaktu itu.
Pada
27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama berlangsug dengan disertai
oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada semangat yang tonjolkan dan
kerjasama perpaduan yang semakin erat dalam kalangan tiga etnik yang
membolehkan parti perikatan ini telah memenagi hampir kesemua kerusi yang
dipertandingkan dengan 51 kerusi daripada 52 kerusi. Oleh yang disebabkan itu
parti ini telah melayakan perikatan membentuk kerajaan dan memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british. Kejayaan yang dicapai itu
telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang memperkuatkan lagi
kedudukan parti perikatan sebagai parti yang mendapat sokongan ramai dan
pelbagai etnik di tanah melayu. Populariti parti ini terbukti apabila piliha
raya yang diadakan pada tahun 1959 dengan memenangi 74 kerusi yang
dipertandingkan daripada 104 kerusi.
Selang
beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan telah menukar nama
partinya kepada barisan nasional(bn) bagi mengukuhkan kerjasama antara etnik
dalam parti-parti politik dimalaysia supaya kumpulan etnik mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang
melayu dari sebelum merdeka hingga kini, terdapat pas yang bertindak menjaga
kepentingan orang melayu dan islam dengan kekuatanya dinegeri-negeri yang
majoriti penduduknya orang melayu iaitu kelantan, terenganu, kedah dan
perlis.bagi pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang parti
pembangkang yang mewakili luahan tidak puasan jati mereka, iaitu people’s
progresif party (ppp) dan parti gerakan rakyat(gerakan) sebelum tahun 1974,
manakala kini parti bukan melayu yang aktif ialah democratic action party(dap)
yang masih mempersoalkan tentang keistimewaan melayu dan bantuan yang
disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan taraf hidup orang melayu.
Pada
hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai sebuah parti
berbilang etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar ibrahim turut
memperjuangkan kesaksamaan dan keadilan bagi semua etnik di malaysia
termasuklah penduduk di sabah dan sarawak.Menjelang pilihan raya umum ke 12
pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah mencapai kesepakatan tanpa mengira
batasan perkauman untuk membentuk pakatan rakyat supaya dapat bersaing dengan
bn dalam memenangi sokongan pengundi dalam pilihan raya tersebut. Kemunculan
pakatan rakyat dalam politik mula mengubahsuasana politik dan mempengaruhi
kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan bn negara ini. Selain itu, menjelang
pilihan raya yang dipimpin beberapa
orang peguam india. Hindraf juga menjadi faktor kepada kegagalan bn untuk
memenangi 2\3 daripada kerusi yang dipertandigkan pada pilihan raya 2008. Ini
kerana terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik tindakan
kerajaan meleraikan perhimpunan hindraf dengan mengunakan internal security act
(isa) untuk menahan pemimpin hindraf.
Hindraf
menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan 30 buah pertumbuhan hindu bukan
kerajaan untuk mempertahankan hakdan warisan komuniti hindu dalam malaysia yang
mempunyai penduduk yang berpelabagai latar belakang. Hindraf diistiharkan
sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan haram oleh kerajaan malaysia pada 15
oktober 2008 kerana kerajaan mempunyai bukti bahawa hindraf telah digunakan
untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dan boleh menjadi satu ancaman kepada
aturan umum dan moraliti.
5.0 KERJASAMA POLITIK DI SABAH
Perkembangan
politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan Malaysia dikemukakan
pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti
masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam
negara baharu, Malaysia. Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah sebuah
parti kaum Kadazan iaitu United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos
1961. Setelah itu, ianya diikuti oleh parti Bumiputera Islam, United Sabah
National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok Momogun
Organisation (Pasok Momogun) oleh kaum Murut pada tahun 1962, Borneo Utara
National Party (BUNAP) yang kemudian ditukar kepada Sabah National Party
(SANAP) hasil gabungan United Party dan Democratic Party yang ditubuhkan oleh
orang Cina pada tahun 1962. Untuk memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik
di Sabah tidak terjejas dalam pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok Momogun
dan SANAP telah bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah supaya
setiap kumpulan etnik utama mempunyai perwakilan dalam proses perkembangan
politik negara. Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik utama, iaitu Kadazan-Dusun
dan Murut yang diwakili oleh UNKO dan Pasok Momogun telah mencapai persetujuan
kerjasama bagi mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah.
Gabungan ini telah membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO).
Sementara
itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik antara penduduk Bumiputera
Islam yang diwakili oleh USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha dengan golongan
Bumiputera bukan Islam diwakili UNKO/UPKO pimpinan Datuk Donald Stephen telah
mendominasi perkembangan politik di Sabah. Selepas itu, pelantikan Datuk Donald
Stephens dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963
telah mendatangkan kritikan daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha yang
tidak puas hati dengan pelantikan itu kerana jawatan itu sepatutnya disi oleh
calon dari USNO mendapat 16 kerusi dan UNKO 12 kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald
Stephens tidak dapat menjalankan pentadbiran dengan baik kerana tiada sokongan
daripada Yang Dipertua Negeri dan kerjasama antara golongan Bumiputera Islam
dengan Bumiputera bukan Islam tidak dapat dicapai.
Perselisihan
etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam dan bukan Bumiputera apabila
UPKO membuka cawangan di kawasan Sabah Chinese Association/SCA dan USNO seperti
di Sandakan dan Semporna. Hal ini menyemarakkan lagi krisis dalam kerajaan
Donald Stephen dengan orang Cina Sabah yang akhirnya membawa kepada pakatan SCA
(orang Cina) dengan USNO (orang melayu). Perselisihan antara dua orang pemimpin
Bumiputera, Donald Stephens dengan Tun Mustapha atas isu kelulusan permit dan
lessen balak, isu penggantian setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald
Stephens yang dianggap lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun
telah membawa kepada campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis itu berakhir
dengan Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan Peter Lo dari SCA
dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah buat sementara. Selepas pilihan raya umum
tahun 1967, atas kerjasama USNO dengan SCA, Tun Mustapha telah Berjaya mendapat
kuasa pentadbiran dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, maka sebuah
kerajaan di bawah pimpinan Bumiputera Islam dengan kerjasama orang Cina (SCA)
berjaya diwujudkan.
6.0 KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK
Perkembangan
parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik kerana sifat
keetnikan yang amat ketara dalam penubuhan parti politik. Setiap kumpulan etnik
telah menubuhkan parti politik mereka bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi
etnik masing-masing. Walaupun kecenderungan parti politik pada awalnya tidak
mengehadkan keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi parti itu sebenarnya
adalah didominasikan oleh etnik tertentu sehingga lama-kelamaan parti itu
menjadi sebuah parti yang mewakili kepentingan kumpulan etnik tertentu. Di
Sarawak, parti politik yang pertama ditubuhkan ialah Sarawak United People’s
Party (SUPP) pada Jun 1959 yang diusahakan oleh sekumpulan orang Cina dengan
diketuai oleh Ong Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud pula parti-parti
politik lain seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan perabangan dari Kuching dan parti
Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak National Party (SNAP) pada tahun 1961
oleh beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan Skrang-Saribas.
Senario
politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962 apabila orang Melayu
dan orang Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali
sebagai Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (
PESAKA) oleh beberapa orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan
Sarawak Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang
kaya. Dalam memastikan suara setiap etnik utama di Sarawak mendapat tempat
dalam perkembangan politik menjelang pembentukan Malaysia, PANAS, SNAP, PESAKA,
BARJASA dan SCA telah bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai
Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober 1962 dengan SUPP sebagai parti
pembangkang. Walaupun pembentukan Parti Perikatan Sarawak amat perlu dalam
sebuah masyarakat berbilang etnik demi mencapai keharmonian etnik dalam politik
Sarawak tetapi rasa kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam, iaitu PANAS
dengan BARJASA telah menyebabkan PANAS akhirnya mengambil keputusan keluar dari
Parti Perikatan Sarawak pada 15 April 1963 dan seterusnya berjuang sebagai
parti pembangkang bersama SUPP.
Pada
Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh orang Melayu dan
Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung membentuk Parti Bumiputera dan
kerjasama politik ini kemudian dilanjutkan dengan kaum Dayak melalui PESAKA
bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Januari 1973. Selepas
pilihan raya tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju
menyertai Parti Perikatan Sarawak termasuklah SUPP. Kesepakatan antara parti
politik di Sarawak telah membolehkan Perikatan Sarawak menjadi anggota Barisan
Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan Bumiputera sebagai rakan pilihan untuk
menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya tahun 1970
mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik
di Sarawak. Bagaimanapun, selepas Malaysia dibentuk, Stephen Kalong Ningkan
dari SNAP telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun
1963, tetapi kepimpinan Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak
atas isu tanah, iaitu pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina
membeli tanah masyarakat Bumiputera. Hubungan tegang juga wujud antara kerajaan
Ningkan dengan kerajaan Persekutuan kerana percanggahan dasar mengeai isu
penggantian pegawai British dengan pegawai dari Semenanjung dan isu pengekalan
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak oleh Ningkan. Krisis
tahun 1966 ini berakhir apabila Ningkan dipecat daripada jawatan Ketua Menteri
dan diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini menyebabkan SNAP keluar dari
Perikatan dan PANAS menyertai Perikatan semula.
7.0 KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN
PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA
7.1 RUKUN NEGARA
Peristiwa
13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa masih terdapat jurang
perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam masyarakat di Malaysia. Setiap
kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu ideology
kebangsaan yang boleh mengikat dan menyatukan mereka bersama. Dalam usaha
membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan meningkatkan semangat
cintakan negara yang dikenali sebagai Rukun Negara telah dicipta.
Ideologi
ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan Negara (MPN) yang pertama
pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa
kali oleh MPN, sebelum diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian diisytiharkan oleh
Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia.
Rukun
Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia mengandungi lima objektif seperti
mencapai perpaduan yang erat dalam kalangaan seluruh masyarakat, memelihara
satu cara hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak, dan membina sebuah masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Untuk
mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam masyarakat. Lima prinsip utama
yang termaktub dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan
Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan
Kesopanan Dan Kesusilaan. Keperayaan Kepada Tuhan iaitu prinsip ini membawa maksud
setiap orang mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan
sangat penting kerana setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan
menghindari perbuatan yang keji. Manakala Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
iaitu prinsip ini menuntut kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah
bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat melahirkan penduduk yang sedia
berkorban negara. Selain itu, Rukun Negara yang ketiga ialah Keluhuran
Perlembagaan iaitu setiap rakyat mesti menghormati dan menghargai kandungan
perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi
negara ini. Rakyat seharusnya mematuhi dan mempertahankan kemualiaan dan
ketinggian Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan
Agong dan raja-raja, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, hak asasi rakyat, dan
sebagainya.
Manakala
Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang ke-4 iaitu undang-undnag
merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebsan asasi dan
memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan
dalam kalangan masyarakat. Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan iaitu prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling
menghormati, berakhlak mulia dan menggelakkan daripada menyentuh
perkara-perkara sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan kehormonian hidup.
Rukun
Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan
keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut,
setiap dasar dan keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan mengikut
undang-undang serta peraturan supaya perpaduan etnik dapat tercapai. Pihak
kerajaan telah menggunakan Rukun Negara sebagai instrument untuk mengatasi
garis pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia
ke arah mewujudkan perpaduan mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan
tanggungjawab yang digariskan dalam Rukun Negara. Rukun menjadi peraturan dan
norma hidup yang amat penting kepada setiap anggota masyarakat di Malaysia dan
pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai
etnik di negara ini.
7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)
Untuk
mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas Peristiwa 13 Mei 1969,
kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama dengan parti-parti pembangkang
perlu diadakan agar satu ikatan kerjasama politik antara pelbagai etnik dan
parti dapat diwujudkan. Atas keperluan itu, kerajaan telah memperkenalkan
sistem kerajaan campuran sebagai satu cara untuk menggabungkan fahaman politik
antara etnik melalui penggabungan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang
supaya memantapkan kerjasama etnik serta kestabilan politik negara. Kerajaan
campuran pertama yang dibentuk adalah Perikatan dengan sebuah parti
pembangkang, iaitu Gerakan pada Februari 1972 supaya memudahkan kerajaan
mengimplementasikan dasar-dasar sosioekonomi di seluruh negara. Pada 1 Mei
1972, kerajaan campuran telah dibentuk di negeri Perak, iaitu antara Perikatan
dengan Parti Progresif Rakyat (PPR). Setelah beberapa rundingan diadakan, pada
27 Disember 1972, satu persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah
kerajaan campuran antara Perikatan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bekas
anggota Perikatan satu ketika dahulu. Parti-parti politik yang turut menyertai
kerajaan campuran di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),
Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United People’s Party (SUPP). Di
Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),
Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan Sabah (SAPP) selepas tahun
1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti pembangkang tersebut telah meluaskan
perkongsian politik hingga melibatkan 12 buah parti politik dari Semenanjung,
Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan didaftarkan
pada 1 Jun 1974.
BN
telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974 dengan menggunakan
symbol dacing dan menggunakan enam isu utama dalam kempen pilihan raya
berkenaan iaitu perpaduan, ekonomi, dasar luar negeri, keselamatan, agama dan
perkhidmatan sosial. BN telah Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974 dengan
memenangi 104 daripada 114 kerusi yang dipertandingkan dan dapat menerajui
pemerintahan di Malaysia. Kini, BN mengandungi 14 anggota parti komponen dari
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan wujudnya pakatan dan kerjasama
politik antara pelbagai etnik.
7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat
Pakatan
Rakyat atau dikenali sebagai People’s Pact/People’s Alliance dibentuk pada 1
April 2008 setelah melihat hasil perjuangan mereka dan sokongan rakyat
kepadanya. Idea membentuk pakatan ini lahir ketika kempen pilihan raya ke-12 pada
tahun 2008. Pakatan politik ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai
persetujuan bekerjasama sebagai Barisan Rakyat (People’ Front / Barisan
Alternatif) semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap komponen
parti yang pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri tetapi akhirnya
telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan mempertahankan
kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia. Bagaimanapun, parti-parti politik
itu bersetuju mencapai kerjasama politik bagi bersaing dengan kerajaan Barisan
Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Persetujuan kerjasama mereka juga
adalah untuk membuktikan pakatan mereka itu turut dapat memperjuangkan kepentingan
rakyat dan membawa kemajuan kepada rakyat serta negara.
Pakatan
kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi sokongan rakyat berbilang
etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya 2008.
Kerjasama ketiga-tiga parti politik tersebut telah memenangi 82 kerusi Parlimen
di mana DAP memperoleh 28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan PAS mendapat 23
kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya
2008. Bagi kerusi DUN pula, mereka memperoleh 196 kerusi daripada jumlah 505
kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya. Pakatan rakyat telah Berjaya
menguasai kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor
ketika pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat berikrar memperjuangkan hak dan
kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik seperti yang termaktub dalam
perlembagaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga dibentuk sebagai sebuah gabungan
parti politik daripada berbilang etnik yang diwujudkan untuk membela nasib
rakyat yang terpinggir dan tidak terbela di bawah pimpinan Barisan Nasional.
Ideologi Pakatan Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan, demokrasi sosial dan
kebajikan awam.
7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 16
Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang dijalankan oleh kerajaan untuk
pembinaan sahsiah diri dalam kalangan rakyat Malaysia khasnya golongan belia.
Selain itu, PLKN bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism
dalam kalangan generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai etnik dan
menyediakan golongan belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.
Idea untuk mengadakan PLKN ini dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada
24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat termaksuklah
orang awam, pelajar, tokoh, ahli akademik, Polis Diraja Malaysia, Angkatan
Tentera Malaysia, badan berkanun, ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan,
wakil rakyat dan menteri-menteri.
Sehubungan
dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) dengan
dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang Menteri,
seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan
Menteri ditubuhkan dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002. JKMKT
dipertanggungjawabkan mengkaji keperluan perlaksanaan Program Latihan Khidmat
Negara.
Tanggungjawab
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah menggubal dasar peraturan mengenai
pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan memantau
mengenai pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang dan menyelaras
keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan, peralatan dan
kelengkapan latihan yang diperlukan untuk Program Latihan Khidmat Negara,
membangunkan dan menyeleggara system maklumat serta menyimpan rekod-rekod
mengenai peserta-peserta Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras
dan melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara, dan mengkaji, menilai
kebersanan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta latihan Khidmat Negara
2003 atau disebut akta 628 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan
Dewan Negara pada 7 Julai 2003.
Sehingga
tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan kejayaan daripada masyarakat
kerana program ini telah disertai oleh seramai 135, 700 orang belia berbilang
etnik di kem-kem latihan PLKN yang ditubuhkan di seluruh negara. Pada setiap
tahun, 24% daripada remaja yang berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih
untuk menyertai PLKN. Namun, mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon
untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk mengikuti PLKN.
PLKN
dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti meningkatkan
semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia. Selain itu, mempertingkatkan perpaduan etnik serta integrasi
nasional, membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni,
menanam semangat kesukarelawan dalam kalangan remaja dan melahirkan generasi
muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.
8.0 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI
MALAYSIA
Sebelum
perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di Malaysia dibuat, elok
kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat Malaysia disentuh. Aspek demografi
merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat
Malaysia. Aspek demodrafi tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat
Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya,
demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Malaysia
merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang
26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik
majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih
kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada
kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di
Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di Sabah.
Secara
keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di Semenanjung
Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di setiap
wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang
mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana
tiada satu kelompok etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik
Melayu dan etnik Cina hamper sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di
negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan bahawa etnik Melayu
merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan misalnya, lebih daripada
90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri daripada etnik Melayu.
Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan yang agak berbeza,
yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah sekitar 51 peratus
daripada jumlah keseluruhan penduduk.
Sesuai
dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat dikatakan bahawa Malaysia,
pada umumnya, merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Di
Semenanjung Malaysia, terdapat budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India,
masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis di Melaka, Serani
di Pulau Pinang dan Thai di negeri-negeri utara Semenanjung. Di Sabah terdapat
kira-kira 32 golongan etnik manakala di Sarawak terdapat lebih 20 golongan
etnik yang mengamalkan cara dan gaya hidup yang berbeza-beza. Justeru
kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Natal merupakan
perayaan yang disambut dengan meriah di negara ini.
Umumnya,
orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu, sebahagian besar
orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun, keadaan
tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak
tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar,
kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama
ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala sebahagian besar
etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor seperti sektor
perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam sektor prdagangan
dan perniagaan.
Orang
Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat ini
menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme
dan Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan
perkhidmatan. Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di
bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Klang. Orang India pula merupakan
golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu, sebahagian besar
orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini, terdapat kalangan
mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor
perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan Bandar. Dalam kategori
etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan
Singhala. Secara umum, etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai
agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
Golongan
etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi ialah
Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di
beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional,
animism, Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok
kecil seperti masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat
Portugis di Melaka dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua
masyarakat minority tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti budaya
masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan percantuman elemen-elemen budaya Cina
dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di Melaka pula mencerminkan
percantuman antara budaya Portugis dan budaya masyarakat tempatan.
Di
Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan tradisional dan Kristian,
sementara sebilangan kecil sahaja yang menganut agama lain, terutamanya Islam.
Secara umum, orang Dayak merupakan penduduk luar bandar, namun keadaan tersebut
mula berubah semenjak tahun 1970-an. Bagi mereka yang tinggal dikawasan
pedalaman dan luar bandar, aktiviti utama ialah pertanian. Terdapat juga dalam
kalangan mereka yang bekerja sebagai buruh upahan dalam sektor pembalakan.
Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera lain, sebilangan kecil daripada mereka
juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama ada perdagangan atau sektor komersil
di bandar-bandar utama negeri berkenaan.
Orang
Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka tinggal di perkampungan,
terutama di pinggir bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama
bagi mereka yang tinggal di luar bandar ialah pertanian. Bagi mereka yang
tinggal di bandar, kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Orang
Melanau yang merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam, Kristian
dan juga kepercayaan tradisional. Bagi mereka yang masih tinggal di kawasan
luar bandar, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani serta pengusaha
sagu. Kebanyakannya orang Cina di Sarawak menetap di kawasan bandar, terdapat
sebilangan kecil yang tinggal di kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi mereka
tertumpu kepada aktiviti perdagangan, terutama di bandar-bandar utama. Orang
Cina menganut pelbagai agama.
Di
Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal masyarakat berkenaan dan
Kristian ( namun terdapat juga yang menganut agama Islam terutamanya di Ranau
), sementara etnik Bajau, Murut dan peribumi lain menganut agama Islam di
samping terdapat juga yang beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk
yang menganut Islam dan Kristian dalam kalangan etnik Bumiputera ini hamper
sama jumlahnya. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penduduk luar
bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sebagai aktiviti utama, di
samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka tertumpu kepada sektor
perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan antara kelompok etnik berbeza
serta berubah-ubah dari semasa ke semasa. Hal ini terjadi ekoran peluang
pekerjaan yang terbuka luas sejak pembangunan ekonomi berlangsung dengan baik
di Sabah.
Masyarakat
Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Kebanyakan mereka
terlibat dalam aktiviti perdagangan dan sektor komersil. Mereka merupakan
penganut pelbagai agama. Di Sarawak, komposisi jumlah penduduk turut
memperlihatkan wujudnya pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umum, tidak
terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Menurut
perangkaan tahun 2004 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk di Sarawak
berjumlah 2,181 juta orang. Etnik Dayak, Melayu dan Melanau merupakan kelompok
peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada keselruhan penduduk Sarawak.
Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira 26.5 peratus dan etnik India hanya
sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Etnik Dayak
merupakan kelompok etnik terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3 peratus
daripada penduduk Sarawak. Etnik Melayu pula terdiri daripada 23.2 peratus dan
Melanau 5.7 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik
Dayak, terdapat sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu merupakan
kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil seperti Kayan,
Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan lain-lain.
Di
Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi saiz penduduknya. Empat
kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh berbeza dari segi persatuan. Sebagai
contoh, pada tahun 2004, Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar (24.8 peratus)
dan Melayu (18.5 peratus). Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi
lain merupakan penduduk luar bandar dan persisiran sementara kebanyakan etnik
Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan.
Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di
Malaysia dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap
kelompok etnik mempunyai amalan budaya yang tersendiri. Mereka tidak hanya
dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan atau agama, tetapi juga daripada
aspek lain. Pada masa yang sama, aspek demografi turut mempunyai pengaruh
terhadap demografi politik dan proses politik negara kerana dalam aspek
tertentu, politik ditentukan oleh bilangan, misalnya jumlah pengundi di kawasan
tertentu dan jumlah penduduk yang menganggotai sesuatu parti politik.
Aspek
demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan
angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun
1959. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999
dan 2004. Dewan Rakyat kini mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat
disimpulkan. Pertama, dominasi etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas.
Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi, di mana
etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di
Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara adalah 156 (71.2
peratus) kerusi.
Sementara
etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5 peratus)
kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di
Sabah (1) dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30
(13.7 peratus). Tiada satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang
mempunyai majoriti pengundi India. Daripada jumlah 219 kerusi parlimen,
terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini bermakna, di kawasan
parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili majoriti
pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai pengundi
Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah),
tetapi pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14
kawasan, pengundi Cina (Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan
sementara Cina (Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri
berkenaan.
Bilangan
kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya terdiri daripada kelompok
etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan kerana faktor pola taburan penduduk
yang ditentukan oleh beberapa faktor lain, seperti sejarah, ekonomi dan
selainnya. Yang lebih penting diberikan perhatian ialah kemampuan parti-parti
komponen dalam parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional mencipta formula
penduduk sebenar. Hal ini penting kerana dalam perjalanan sejarah pembentukan
negara bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah
lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.
9.0 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA
Dalam
bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan integrasi etnik masih
dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses pilitik di negara ini telah
berjaya membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran. Pada
tahap tertentu, kejayaan Malaysia dalam usaha memupuk integrasi sosial telah menjadi
contoh kepada beberapa buah Negara luar yang kagum dengan kemampuan pemimpin
negara mewujudkan suasana yang harmonis dan aman damai. Secara beransur-ansur,
suasana dan kejayaan dalam bidang politik turut dapat diterjemahkan sepenuhnya
kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan dalam kehidupan
seharian pelbagai etnik. Perpaduan dan integrasi ialah proses semula jadi dan
boleh berlaku dengan sendiri apabila individu-individu yang terlibat melihat
faedah daripada proses tersebut. Di negara kita, proses perpaduan dan integrasi
memerlukan penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down.
Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya, iaitu Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara merupakan suntikan penting
daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.
Kesemua
dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua etnik berada
dalam satu ruang fizikal yang sama, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan,
atau perkhidmatan awam. Proses menemukan semua etnik adalah amat penting. Hal
ini, adalah kerana proses perpaduan dan integrasi kini sering membayangkan
pembentukan bangsa Malaysia yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun
2020. Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku banyak perbincangan
antara pelbagai pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang diidamkan pada tahun
2020. Cuma, perbincangan itu sebahagian besarnya digerakkan dari atas dan bukan
dari akar umbi.
Dalam
pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu yang boleh dijadikan penanda
aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang tempoh 1980-an, turun naik pencapain
ekonomi diukur berdasarkan kadar pertumbuhan ekonomi tahunan. Sebaliknya, bukan
mudah untuk mengukur pencapaian perpaduan nasional dari segi ukuran yang berasaskan
perangkaan. Apa yang mampu kita lakukan adalah untuk melihat perlaksanaan dan
prestasi setiap dasar yang menyentuh soal perpaduan negara.
Dasar
Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
penghantar ialah salah satu langkah untuk mewujudkan perpaduan. Namun kita
tahu, tidak semua rakyat Malaysia menghantar anak ke sekolah aliran kebangsaan
yang menggunakan Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini berlaku
kerana ibu bapa bebas memilih menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa
penghantar Mandarin, Tamil, atau Inggeris yang diizinkan wujud oleh Kerajaan.
Namun begitu, boleh dirumuskan bahawa mereka yang mengikuti sekolah aliran
kebangsaan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berinteraksi tanpa mengira
etnik dan terlibat dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional.
10.0 CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN
HUBUNGAN ETNIK
Di
negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan
setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang
diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan,
maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu.
Walaupun
kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di Malaysia ekoran daripada hubungan
etnik yang mantap dan utuh serta adanya penyatuan pelbagai parti politik, namun
pada umumnya politik perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat
dilihat dalam tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik
tertentu melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.
Semangat
cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat sejak kecil lagi bagi
mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan keagamaan . hal ini boleh
dilakukan melalui pemupukan kesedaran, pendidikan dan program-program
pembangunan masyarakat.
Dalam
menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan yang paling penting
adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan etnik berdasarkan pengalaman
dan acuan Malaysia dalam membina perhubungan etnik yang harmoni dengan
mempertingkatkan tahap kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya.
Peranan
dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat penting dalam konteks
menjalin hubungan etnik yang sihat dalam pembangunan politik negara. Justeru ,
pemimpin kesemua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh memberikan input
dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengkaji
keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik, termasuk
suku etnik di Sabah dan serawak dan seterusnya mencari penyelesaian terhadap
isu-isu yang berbangkit, mereka juga harus berupaya meyakinkan penyokong
masing-masing untuk bersikap lebih rasional apabila menyuarakan dan menguruskan
perkara-perkara yang berhubung kait dengan masalah etnik.
Kesediaan
bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta kemampuan mengatasi persoalan
kemiskinan dan kepinggiran di bandar dan luar bandar perlu diberi perhatian
utama oleh pemimpin serta kerajaan jika keharmornian etnik yang dikecapi
sekarang ini mahu dikekalkan dan ditingkatkan.
Perpaduan
antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik atau parti politik yang
kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah perkara terpenting yang perlu diberi
perhatian oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan
konsep 1 Malaysia serta matlamat wawasan 2020 tercapai.
11.0 TSUNAMI POLITIK
Keputusan
pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah
mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah
tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN gagal untuk
mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah
dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah
pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan
pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique.
Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga “dirobek” sedikit demi sedikit
sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.
Di Melaka,
DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang
merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila
DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula
mendapat dua kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang
tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya
sebagai situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN)
yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi
sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai
formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya
tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.
Prestasi
BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya
tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN
pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya
umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami
kekalahan yang mengejut.
Sementara
itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding
dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput
semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin
Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul
di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan
Khalid Samad.
BN yang
menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada
kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN
boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas
pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup
yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan
harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila
wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh
mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana
memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.
Pakatan
pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan
suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka
tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan
hasil. Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya
berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat
untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.
Selain
itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah
dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di
parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan
sesuka hati. Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk
menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan.
Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka
bersedia melakukannya. Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi
kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen
dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.
Oleh
kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen,
maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan
kuasa dua pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis
politik, beberapa orang yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari
keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN
akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding
dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.
Pertembungan
di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah diketahui
umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti
menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.
Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah
sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf
kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa
Malaysia ke arah kehancuran.
Selain itu
juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu
kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk
kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah. Beberapa hari
sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy
akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya
umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.
Mahathir
sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN mengalami
prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli
Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar
mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti.
Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak
Lah. Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah
dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana
menteri itu.
Rembau
tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam
pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr
Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala
menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi.
Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak
protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh
buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani
berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti 1,071 undi.
Menantu PM
yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen Dr.
Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut
dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua
pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada
pakatan pembangkang. Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu
kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti
sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat
pilihanraya umum 2004.
Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan
Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik
gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.
Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang
mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang
(13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru
yang tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian
Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno
yang bakal menjelang.
Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang
pertama. Bekas menteri besar Perak itu – ketika ditanya oleh wartawan mengenai
kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 – dengan angkuhnya beliau berkata bahawa
tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang
lama untuk berkempen. “BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur
fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah
yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah
Hari, TV3, 1 Mac 2008). Mungkin kerana kenyataan ‘sombong’ yang dikeluarkan
oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi
kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya,
menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.
Faktor
yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya
Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah
meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Selain itu, strategi
Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding
membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar
menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin
beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas. Di setiap
tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang menghadiri
ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat
Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.
Penerangan
bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga
minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu
meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami
apa yang cuba diterangkan oleh Anwar. Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang
ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang
diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi
Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang
mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka
wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.
Kesombongan
kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno
Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana
kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu
kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.
Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir.
Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli
parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan
dengannya?
Pembangunan
Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat
Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada
pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan. Dahulu, maklumat boleh dikawal
sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan
mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana. Dengan adanya
internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media
seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi,
telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.
Tekanan
dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan
akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.
Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan
“cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri
Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan. Tanpa disuruh, gerila-gerila siber
ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN. Teknologi
blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3
minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru,
akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang
mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di
mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen.
Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.
Walaupun
hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi
perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan
desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Mukhriz Mahathir
menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan
jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana
menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada
hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang. Dr
Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam
pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.
Sebelum
ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau
menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil
tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno, Hishamuddin berkata, Mukhriz
tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada
Abdullah sebagai presiden Umno.
Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah
telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan
pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai
tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk
pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.
Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya
telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan
Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor
pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.
12.0 KESIMPULAN
Selain
insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946 selepas Jepun menyerah
kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg Medan pada 2001, keadaaan
masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah stabil, makmur dan
harmoni. Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni
selaras dengan perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang
dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik daripada latar
belakang, budaya, Bahasa, agama, dan adat resam yang berlainan. Masyarakat
berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi tahap kereggangan, ketegangan,
pertelingkahan antara etnik sehingga kita berusaha menuju ke arah penyatuan dan
keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British sehingga ke hari ini. Untuk
itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran dalam
melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah
berjaya menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai
kerjasama, permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.
Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan
berhati-hati dalam mengambil berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu
hingga kini bagi mengenal pasti punca dan masalah yang wujud supaya semua etnik
dapat dibawa ke dalam proses politik dan pentadbiran negara untuk
mempercepatkan pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
harus memberi kerjasama, memahami, bersikap toleransi dan bertolak ansur antara
satu sama lain agar hubungan etnik yang sihat, mesra dan harmoni dapat
diwujudkan serta diteruskan dari generasi ke generasi.